Papa,Mama,Dira,Azie & Haiqal

Monday, February 15, 2016

Entry baru di tahun baru... hahahaha Selamat Tahun 2016

Assalamualaikum...


Selamat Tahun Baru walaupon dah masuk bulan Februari 2016.... Tajuk nak gempak je kan.... Disebabkan kemalasan akak nak mengupdate blog nie so blog nie kembali bersarang labah-labah...hahahaha...


Dikesempatan nie akak sekeluarga nak ucapkan selamat tahun baru 2016, Diharap tahun 2016 nie memberi seribu 1 nikmat dan keberkatan pada semua....


Tahun nie banyak perancangan yang akak dah rancang, insyallah diharap semua perancangan nie berjalan dengan lancar. Amin...


Tahun nie akak and family ada Projek Mega yang dah dijalankan dan sedang berjalan... Alhamdulilah... Projek nie gabungan idea akak,encik suami dan ayah akak sendiri yang kitorg rancang dari tahun lepas.... Sepatutnya projek nie dijangka berjalan pada bulan Disember 2015 tapi disebabkan halangan cuaca yang korang tahu hujung tahun je nak hujan memanjang so terkendala sekejap.... tapi Alhamdulilah bulan lepas dah bermula semula projek mega keluarga akak nie...


So far semua berjalan dengan lancer... Mesti korang tertanya apa benda yang akak membebel projek bagai nie tapi x bagi tahu pon apa projek nya... Haaaa.... Sebenarnya Projek tu adalah Projek Tanaman nanas.... Yela tukar status plak jadi Pekebun Berjaya...hahahah




Ha... inilah hasil bila kebun dah dikerjakan oleh pekerja yang akak dah upah dari awal pembersihan kebun sampai kesudah.... So keje akak cuma hulok wang ya aja....hahahaha. Jangan ingat akak yang kerja kan kebun nie sebab kalu akak kerja kan bukan akak tapi heroin n hero akak 3 orang tu yang buat...hahahaha






Ini bila anak-anak pokok nanas yang dah ditanam. kitorg tanam nanas jenis Josaphine.... Yang nanas nie memang jadi permintaan selain MD26....


Insyallah kalu takde apa aral melintang buah nanas boleh dituai ceh macam tuai padi plak kannnn... insyallah bulan 6 or 7 so sesiapa nak membeli buah nanas boleh pm akak ye.... cewahhh.... belum apa2 dah promote kan....


Ok la rasa sampai kat sini dulu akak update dah penat and nak wat keje hakiki dulu...Bubye...