Entry nie mok cik nk bg info adik2 ,abang2, akak2,mak cik2 n pak cik2 sekalian ttg rahsia disebalik makanan sunnah ni. Ramai dikalangan kita skrg lupa akan makanan2 sunnah Rasulullah SAW nie. Contoh nya mcm buah kurma. Buah kurma nie selalu nya sinonim ngan Bulan Pose. Bila ckp je buah kurma mst time nk pose tp bila bulan2 lain x mkn pon buah kurma nk jmpa pon ssh,betul x?. Tapi hakikatnya buah kurma nie lah salah satu makanan sunnah yg diamalkan oleh Nabi kita dahulu kala. Mok cik x mau ckp byk korg baca la fakta ini utk renungan dan ilmu utk korg simpan k.
Zaman beredar dan berubah, namun Sunnah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W tetap tidak berubah dan masih tegar diingatan.Sebahagian golongan masih mengamalkannya dan segelintirnya lagi mungkin tidak. Justeru, kita tahu banyak sunnah Nabi SAW yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian kita, tetapi hari ini saya ingin menumpukan sahaja ke arah pengambilan makanan sunnah daripada junjungan kita Nabi Muhammad SAW yang mana tidak semua orang mengetahui kelebihan dan juga fadhilat disebalik makanan sunnah itu sendiri.
Masa
berganti hari, minggu berganti bulan dan tahun.Tanpa disedari, fenomena
pengambilan makanan yang kurang baik untuk kesihatan semakin berleluasa.
Adakah ini menunjukkan kita lupa dan alpa akan makanan Sunnah junjungan
kita Muhammad SAW? Yang penuh dengan khasiat tersirat dan baik untuk
kesihatan serta pelancaran organ dalaman.Kadangkala kita sering leka dan
tidak mengambil peduli terhadap makanan yang diambil. Tidak menilai
dari aspek kualiti dan kesannya kepada diri yang akan menempuh kehidupan
yang kita sendiri tidak tahu pelbagai mehnah dan ujian menanti di
hadapan.
Terfikirkah
kita, apakah rahsia disebalik khazanah berharga ini?Ya,mungkin ramai
juga yang mengamalkan pengambilan makanan Sunnah ini tetapi tidak ramai
yang meneroka dan menyingkap kelebihan serta rahsia disebaliknya.
Seperti yang kita ketahui antara makanan Sunnah yang boleh diamalkan
dalam pemakanan kehidupan seharian kita adalah seperti Buah Kurma,
Kismis, Madu, Buah tin, Buah zaitun, buah delima, buah apricot, kacang
badam, za’faran, dan banyak lagi. Kesemua makan Sunnah di atas pula
dipecahkan lagi dengan pelbagai jenis dan aneka rasa.Kadangkala
dicampurkan makanan tersebut di dalam masakan, kek, air dan juga dimakan
begitu sahaja.
Fakta Kelebihan Makanan Sunnah
Adalah
menjadi satu kepentingan bagi seseorang itu tahu dan cakna akankelebihan
disebalik makanan Sunnah Nabi Muhammad SAW. Ianya bukan sahaja baik
untuk kesihatan tubuh badan dari segi fizikal tetapi juga baik untuk
organ dalaman seperti membantu melancarkan penghadaman makanan dan
pelancaran peredaran darah.Disamping itu, setiap makanan Sunnah tersebut
ada kelebihannya tersendiri.
1. Buah kurma/tamar
Kurma
dapat membantu pelancaran proses peredaran darah, mencegah serangan
stroke, baik untuk ibu yang hamil dan bersalin.Seperti yang dinyatakan
di dalamayat al-Qur’an tentang kelebihan buah kurma ini, yang dialami
oleh Sayyidatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa ‘Alaihi Salam.
Firman Allah S.W.T:
Maksudnya: “Dan gocangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak.(Surah Maryam : 25)
Ayat di
atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang
sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya
sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. Penemuan kajian
sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan
kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di
dalam al-Qur’an dan hadis Rasulullah S.A.W bukanlah jenis perubatan
yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau
sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh
dunia antarabangsa.
Selain itu
juga, diriwayat oleh Aishah r.a. yang menjelaskan, kurma mengandungi
ubat. “Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada
terkena racun yang dimakan”.Bahkan buah kurma juga mampu menghindarkan
seseorang itu daripada gangguan syaitan, sihir dan yang seumpama
dengannya. Sebagaimana Rasulullah S.A.W telah menyebutkan tentang
khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang
bermaksud:”Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh
Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad
mendengar bapanya meriwayatkan, Rasulullah S.A.W bersabda: “Sesiapa yang
memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan
dan sihir pada hari itu”.
Kajian Dan Penemuan Sains Perubatan
Berdasarkan
pada ayat-ayat Al-Quran dan hadith Rasul, para saintis giat mengkaji
mengenai khasiat kurma. Mengikut kajian Dr.Mahmud Nazim Al-Nasimy dalam
buku Tempoh mengandung dari segi perubatan, fiqhiyah dan perundangan,
hasil kajiannya menunjukkan jus kurma dapat menolong mencengkam rahim
sewaktu proses kelahiran, memperkukuhkan lagi urat-urat rahim pada
bulan-bulan terakhir kehamilan dan membantu memudahkan proses kelahiran
bayi. Jus kurma juga dapat mengurangkan tumpah darah, menguatkan organ
rahim serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi.
Manakala
hasil kajian Profesor Madya Aisyah Mohd Zain, Pensyarah Fakulti Sains
dan Bioteknologi Universiti Putra Malaysia,menunjukkan bahawa jus kurma
membantu mencegah daripada sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan,
lesu dan barah usus besar. Selain itu,membantu merangsangkan selera
makan, menguatkan ingatan dan melawaskan.Disamping menambahkan tenaga
seksual,kurma juga boleh digunakan sebagai pencuci mulut.Ini adalah
antara kajian sains yang telah dibuat berdasarkan perincian kelebihan
buah kurma tersebut.
So ape lagi korang amalkan la makan buah kurma nie. Ape ssh nk cari x yah tkt dlm produk yg Mok cik jual nie kn salah satu nya adalah buah kurma so x yah ssh2 nk cri buah kurma mkn je produk Mok cik jual nie. hehehehe....smbil bg ilmu kta jual la yerk....hehehe jgn marah ye.
Kalau nk info lebih lanjut leh PM kt FB mok cik or call je kt no nie 017-7666175.
No comments:
Post a Comment