Papa,Mama,Dira,Azie & Haiqal

Monday, March 18, 2019

Hindari Orang Negatif

Assalamualaikum Dan Selamat Pagi Korang,

Tetiba yanie teringin share pasal orang-orang yang negatif. Tak dinafikan dikalangan kawan-kawan atau keluarga kita sendiri ada yang sentiasa berpandangan negatif.

Kadang-kadang kita pon berfikiran negatif. Tapi 1 yang yanie nak pesan nak berjaya kita kena berkawan dengan orang yang berfikiran positif sebab ini pesanan dari guru perniagaan yanie. Nak berjaya kawan dengan mereka yang positif kerana bila persekitaran kita positif maka pekerjaan kita juga positif. Betul tak?

Tapi bila ada di antara kawan-kawan kita suka berfikiran negatif sebenarnya ia pon mempengaruhi pemikiran kita sebenarnya. Tak percaya? try la kawan dengan orang yang negatif fikiran nya korang pon akan berfikiran negatif. Sebab orang yang berada disekililing kita mempengaruhi kehidupan seharian kita.

Bukan lah maksud yanie korang tak boleh kawan dengan orang-orang macam nie, boleh tapi jangan terlalu rapat dan terlalu banyak berkongsi masalah sebab keputusan yang terhasil adalah result yang negatif.

Yanie sendiri mengalaminya, bila persekitaran pejabat kita terlalu banyak benda negatif jadi hasil kerja kita pon penuh dengan benda negatif. Bila masing-masing nak memang dan menegakkan benang yang basah (cewah... berperibahasa hehehe) jadi masing-masing nak memang. So suasana yang macam nie memang tak sesuai dan tak sihat sebenarnya. Macam gas beracun yang pelan-pelan boleh membunuh diri kita. Benda nie serius terjadi.

So kita yang positif nie kena menyesuaikan diri dan protect diri dari orang-orang macam nie. Yang penting kena jadi orang yang kalis dengan lemparan negatif orang. Umpama nya macam baju kalis peluru lah. Orang tembak korang tapi korang kalis peluru or kebal.. hehehe

Jadi jom jadi someone yang positif supaya kita pon dapat kawan-kawan yang positif. okey

Bye.

Sunday, March 17, 2019

Fasa Baru Dalam Hidup Cik Haryane.

Assalamualaikum korang semua dan Selamat hari Ahad.

Hari nie terpanggil plak nak share kat korang fasa hidup baru yang yanie bakal lalui selepas ini.

Mungkin keputusan nie macam drastik tapi ini lah pilihan dan pengalaman yang yanie pilih dalam hidup. dan sebenarnya yanie tak terfikir pon keputusan nie yanie buat sepanjang karier yanie.

Mostly ramai yang tahu atau mungkin reader tak tahu yang yanie bekerja sebagai orang gomen (kerani jerrr). dah dekat 11 tahun tapi tak sampai lagi yanie dalam industri pengkerajaan nie hehehehe.. lama kanzz. Tapi bila start tahun 2019 nie bila anak-anak yanie dah start bersekolah semua dan business yang yanie jalankan alhamdulilah bagus yanie dah start terfikir nak berhenti kerja.

Kenapa??

Banyak faktor sebenarnya yanie start fikir mcm tu. Di antaranya adalah anak-anak yanie sendiri. Why?? sebab anak yanie uruskan sepenuhnya. Dari hantar anak sekolah pagi sampai lah ambil dari sekolah Agama. Jadi yanie selalu lah keluar masuk pejabat. Sebenarnya pegawai dekat ofis yanie nie okey je tapi cuma bila kerja banyak anak-anak yanie tak ke sekolah agama.

Jadi kesian dekat anak-anak bila tak bersekolah.

So ini lah masa nya yanie perlu korbankan sesuatu untuk masa hadapan anak-anak. walaupun ada yang tak menyokong keputusan yanie tapi ini lah masa nya untuk yanie tarik diri dan tumpukan pada anak-anak dan perniagaan yanie.

Insyallah yanie dan husband coming soon akan mengeluarkan produk kitorg sendiri dan company pon kami dah start up. Alhamdulilah Allah dah aturkan semuanya kemas-kemas. Konsep yang yanie gunakan sekarang, Rezeki kat mana-mana pon Allah SWT akan bagi yang penting usaha dan tawakal pada Dia.

So start 14 April 2019 nie fasa perubahan pada rutin harian yanie. Masa lebih fleksible sebab masa kita yang akan arrange sendiri. Tapi mungkin yanie akan lebih sibuk disebabkan perniagaan yanie.

So kawan-kawan doakan dipermudahkan semua urusan yanie dan semoga perniagaan yanie dan suami akan lebih berjaya. Aamiin.

Bye.