Papa,Mama,Dira,Azie & Haiqal

Thursday, January 24, 2019

Orang Positif VS Orang Negatif.


Assalamualaikum...

Haluuu... Apa kabo korang?

Cuma nak bercerita dengan korang macam mana nak handle atau berkerja dengan orang yang negative di kalangan rakan sekerja.

Nak tanya dikalangan rakan sekerja korang ada tak yang berperangai negatif dan sangat annoying?
Mesti ada kan....

Tapi korang tahu tak macam mana nak handle orang-orang yang macam nie?

Apa yang yanie tulis nie berdasarkan apa yang pernah berlaku di dalam kehidupan yanie.

Sebenarnaya orang negatif nie banyak kategori, antaranya adalah orang yang tinggi dengan hasad denggi. Ini adalah orang yang palinggg... BAHAYA. Sebab.. dia boleh membunuh kerjaya orang lain dengan menghasut pihak atasan dan mengadu domba dengan boss korang... Cewah bahasa mengadu domba yerk... hehehe

Dan tak mustahil orang macam nie mudah mempengaruhi orang atasan untuk mempercayai kisah yang diorang sampaikan. Senang cakap senang nak KIPAS boss. Dan tak mustahil lagi boss-boss korang akan mempercayainya kerana orang kategori macam nie pandai memutar kata. Eceh...macam ayat dalam lagu kumpulan exist plak hehehe.

Dan ada juga orang negatif nie jenis memendam rasa dan membuat jahat dalam diam. Kategori ini pon bahaya. Sebab orang macam nie makan hati tapi bila kemarahan dia dah tahap tak boleh simpan nak meletup tu yang terjadinya kes bunuh, kes cedera kan kawan setugas..... ishhh Nauzubillah jauhkan orang macam nie.

Sebab tu kalau boleh biarlah kita berkawan dengan orang-orang yang positif. Supaya kita pon tak tergolong di antara orang-orang yang negatif.

Satu nasihat yanie bila ada di antara kawan-kawan korang yang negatif please jangan terlibat sekali dengan perangai buruk diorang dan yang penting nasihatkan mereka tak pon hantar diorg jumpa kaunseling senang cerita.

Ok settle sesi meluah kat sini. hehehehe.... Be Positive Person To Be Good Person.

Bye. 

Monday, January 14, 2019

Happy New Year 2019.

Assalamualaikum dan Selamat tahun baru 2019.

Walaupun dah 2 minggu masuk tahun 2019 tapi yanie nak ucapkan Selamat tahun Baru untuk viewer blog yanie.
Fuh..... (Kesat peluh jap) lama bebeno tak update blog. Last update tahun lepas bulan Jun. Kau bayang blog nie bukan ada sarang labah-labah je tapi sarang buaya dah beranak-anak pon ada .... hahahaha...

By the why... perghhh sepiking london mok cik kau nie, banyak kenangan sebenarnya tahun 2018. Macam tahun-tahun sebelum nie macam mana korang lalui macam tulah juga tahun 2018. Cuma pengalaman dan kisah-kisahnya ada yang berbeza.

Sebenarnya ada kenangan manis, pahit dan masin berlaku di tahun 2018 bagi yanie tapi apa pon pengalaman nie yang mengajar kita untuk jadi lebih dewasa dan menajar kita lebih berhati-hati membuat keputusan.

Tahun 2018 sebenarnya yanie macam lebih tumpukan pada perniagaan yang yanie buat tapi biasa lah diri masih belajar macam mana nak handle 2 tugas sekali gus. tugas hakiki dan perniagaan bukan lah senang. bukan 2 tugas tapi banyak bila seorang wanita memilih menjadi seorang yang terikat dengan tugas hakiki dan juga business. Sebab bila di pejabat tentu kita dah sibuk dengan tugas hakiki, bila di rumah kita sibuk pulak dengan tugas sebagai seorang peniaga dan suri rumah. Korang rasa...... cuma wanita berkerjaya dan berbusiness je tahu macam mana penatnya.

Tapi apa-apa pun tahun 2018 adalah tahun awesome juga bagi yanie. Walaupun ada juga kisah sedih tapi yanie lebih ambil pada pengalaman yang best-best. yang tak best kita buang tepi okey...

Apa pun selamat menempuh tahun 2019 dengan matlamat yang lebih jelas dan kukuh untuk jadi pekerja, business women dan suri rumah yang berjaya. Cahyok!!!!

So Selamat Tahun Baru 2019 semua!!!

Bye...