Papa,Mama,Dira,Azie & Haiqal

Thursday, January 24, 2019

Orang Positif VS Orang Negatif.


Assalamualaikum...

Haluuu... Apa kabo korang?

Cuma nak bercerita dengan korang macam mana nak handle atau berkerja dengan orang yang negative di kalangan rakan sekerja.

Nak tanya dikalangan rakan sekerja korang ada tak yang berperangai negatif dan sangat annoying?
Mesti ada kan....

Tapi korang tahu tak macam mana nak handle orang-orang yang macam nie?

Apa yang yanie tulis nie berdasarkan apa yang pernah berlaku di dalam kehidupan yanie.

Sebenarnaya orang negatif nie banyak kategori, antaranya adalah orang yang tinggi dengan hasad denggi. Ini adalah orang yang palinggg... BAHAYA. Sebab.. dia boleh membunuh kerjaya orang lain dengan menghasut pihak atasan dan mengadu domba dengan boss korang... Cewah bahasa mengadu domba yerk... hehehe

Dan tak mustahil orang macam nie mudah mempengaruhi orang atasan untuk mempercayai kisah yang diorang sampaikan. Senang cakap senang nak KIPAS boss. Dan tak mustahil lagi boss-boss korang akan mempercayainya kerana orang kategori macam nie pandai memutar kata. Eceh...macam ayat dalam lagu kumpulan exist plak hehehe.

Dan ada juga orang negatif nie jenis memendam rasa dan membuat jahat dalam diam. Kategori ini pon bahaya. Sebab orang macam nie makan hati tapi bila kemarahan dia dah tahap tak boleh simpan nak meletup tu yang terjadinya kes bunuh, kes cedera kan kawan setugas..... ishhh Nauzubillah jauhkan orang macam nie.

Sebab tu kalau boleh biarlah kita berkawan dengan orang-orang yang positif. Supaya kita pon tak tergolong di antara orang-orang yang negatif.

Satu nasihat yanie bila ada di antara kawan-kawan korang yang negatif please jangan terlibat sekali dengan perangai buruk diorang dan yang penting nasihatkan mereka tak pon hantar diorg jumpa kaunseling senang cerita.

Ok settle sesi meluah kat sini. hehehehe.... Be Positive Person To Be Good Person.

Bye. 

No comments:

Post a Comment