Assalamualaikum Dan Selamat Pagi Korang,
Tetiba yanie teringin share pasal orang-orang yang negatif. Tak dinafikan dikalangan kawan-kawan atau keluarga kita sendiri ada yang sentiasa berpandangan negatif.
Kadang-kadang kita pon berfikiran negatif. Tapi 1 yang yanie nak pesan nak berjaya kita kena berkawan dengan orang yang berfikiran positif sebab ini pesanan dari guru perniagaan yanie. Nak berjaya kawan dengan mereka yang positif kerana bila persekitaran kita positif maka pekerjaan kita juga positif. Betul tak?
Tapi bila ada di antara kawan-kawan kita suka berfikiran negatif sebenarnya ia pon mempengaruhi pemikiran kita sebenarnya. Tak percaya? try la kawan dengan orang yang negatif fikiran nya korang pon akan berfikiran negatif. Sebab orang yang berada disekililing kita mempengaruhi kehidupan seharian kita.
Bukan lah maksud yanie korang tak boleh kawan dengan orang-orang macam nie, boleh tapi jangan terlalu rapat dan terlalu banyak berkongsi masalah sebab keputusan yang terhasil adalah result yang negatif.
Yanie sendiri mengalaminya, bila persekitaran pejabat kita terlalu banyak benda negatif jadi hasil kerja kita pon penuh dengan benda negatif. Bila masing-masing nak memang dan menegakkan benang yang basah (cewah... berperibahasa hehehe) jadi masing-masing nak memang. So suasana yang macam nie memang tak sesuai dan tak sihat sebenarnya. Macam gas beracun yang pelan-pelan boleh membunuh diri kita. Benda nie serius terjadi.
So kita yang positif nie kena menyesuaikan diri dan protect diri dari orang-orang macam nie. Yang penting kena jadi orang yang kalis dengan lemparan negatif orang. Umpama nya macam baju kalis peluru lah. Orang tembak korang tapi korang kalis peluru or kebal.. hehehe
Jadi jom jadi someone yang positif supaya kita pon dapat kawan-kawan yang positif. okey
Bye.
No comments:
Post a Comment