Papa,Mama,Dira,Azie & Haiqal

Thursday, June 8, 2017

Lutfan Haikal

Assalamualaikum,

Lama dah tak update blog knnnn.....
Dah bersawang blog nie...
sory lah ye sbb akak bz sesangat dgn tugas hakiki....
tetiba nie je ter...rajin nak update blog nie...

ok dah tak mau melerik panjang2.... Rsa akak tak pernah cerita psl anak akak yang no-3 kn...
Nama dia Lutfan Haikal ktorg biasa panggil Haikal je tapi kt taska diorg pggl Lutfan.... so mana2 nama nk pggl pon boleh....

Skrg dak haikal nie dh nk msk 3 thn.... dia lahir sama bulan ngan papa dia bulan 11....
dah start belajar kat taska tapi yang basic2 jela...
teacher dia ckp haikal nie mulut pot pet pot pet x berhenti mcm pop corn.... tapi sama je kat rumah ckp x berhenti.....
dia kuat sakat si Azie sbb si Azie nie gembeng sikit... korg tahu gembeng tu apa?? gembeng tu kuat menangis n drama queen..hahahaha

ha...nie gmbr dia masa baru bpe bulan....


Haikal nie perangai dia sebiji dengan Hadirah..... Independent n tak banyak kerenah.... tapi 1 perangai yang betul2 sama ant haikal n dira nie suka tido di pagi hari dan berjaga di malam hari....

Gambar nie tak silap masa dia dah 6 bulan.

Masa kecik haikal nie dia ada eczema dekat area pipi dan telinga dia. Mak ngan apak dia risau gak, mula-mula ingatkan dia kena ruam susu ke apa, macam-macam ubat dah pakai... bila baik je nanti jadi balik, so disebabkan anak jantan sorang so apak dia risau la.... bila selidik dan di kaji rupanya dak nie memang kena eczema, dia alah dengan telur.

So nak dijadikan cerita mak dia pon puasa la makan telur selama setahun... Tapi alhamdulilah lepas setahun nampaknya eczema tu dah xde, sbb mak dia nie suka berekperimen dengan anak dia nie. Try la makan telur alhamdulilah ruam eczema tu xde timbul so start dari tu mak kau bantai makan telur. Dan dijadikan cerita dak nie pon penggemar telur tegar tau...hehehehe

Alhamdulilah budak nie membesar bagai juara sekarang. Mama n Papa diokan semoga adik jadi anak yang soleh dan sentiasa berbakti dengan sesiapa sahaja. Aamin

Ok lah setakat tu je akak nak cerita, tak mampu nak taip banyak-banyak, nie pon entry yang dah berkurun jadi draf tau... Punya lah malas akak kau nie, hehehe

Ok bye.

Monday, February 6, 2017

Anak Zaman Dahulu Vs Sekarang


Assalamualaikum dan selamat petang...

Macam formal plak tajuk entry akak kali nie... Tapi tajuk nie memang serius kalau dibincangkan...
Kita mak-mak atau bapak-bapak nie pernah alami zaman kanak-kanak kn???
Tapi rasa nya cabaran membesarkan anak dahulu dengan zaman sekarang sangat berbeza kan.... sebabnya zaman dulu budak-budak nie tak terdedah sangat dengan multimedia nie....

yela zaman dulu kita kan banyak buat aktiviti luar macam main masak-masak, petik bunga mak sampi gondol last-last kena marah dengan mak...hahahah sapa pernah alami macam akak.... rasa semua pernah alami...
main kawin-kawin dengan anak jiran.... siap cakap kau jadi mak, kau jadi bapak lepas tu kau kawin dengan dia....hahahaha seronok nya bila melalui zaman kanak-kanak yang indah.... xde pikir pon masalah dunia...

Tapi bila bercerita tang anak-anak sekarang.... Yela bagi mak-mak dan bapak-bapak yang ada anak-anak kecik menanjak naik mesti merasai apa yang yanie rasa. Cabaran membesarkan anak zaman sekarang amatlah susah.... kalau dulu mak yanie kalau x bagi yanie main sesuatu senang je bagi signal mata besar menandakan bahawa mak kau x bagi main benda tu... Tapi bila kena part anak yanie plak ya ampunnn... kau bagi signal mata besar ke... signal mulut keeee anak ko buat x kisah makin dicabar kesabaran... tapi disebabkan kat rumah orang buat2lah kunun2 jadi mak soleha..

Itu yang berlaku pada anak-anak pada zaman dulu tapi yang berlaku pada anak-anak zaman sekarang adalah berbeza.... sangat-sangat berbeza.... sebab nya,
anak zaman sekarang diorang dah xde pon main-main pondok-pondok ke... masak-masak macam kita dulu.... semuanya main dengan benda yang real.... tapi anak sekarang kalau main masak-masak pon dalam dalam bentuk maya mcm main aplikasi game yang ada di hphone ke... di tab ke... so konsep bermain secara realiti nie macam dah hampir pupus... disebabkan teknologi yang dh canggih...

Korang bayangkan anak-anak yang baru umo 1 tahun dah pandai main game dalam hphone.... * yang akak maksudkan anak akak sendiri lah..hehehehe* Jadi kau rasa.... zaman sekarang komunikasi 2 hala dah xde... semuanya komunikasi sehala je... nak apa2 just taip je dalam wasap... Tu yang kadang-kadang padahal 1 rumah tapi berselisih bahu pon buat x tahu.... nak makan pon masih sibuk menghadap hphone... Oh God!!!!! akak x boleh okeyssss... Palng pantang akak kalau orang macam tu... macam kita nie x wujud n mgkin dia rasa aku nie patung kot x payah nak cakap...

So korang nilai lah sendiri macam mana teknologi sekarang memusnahkan banyak nilai2 persaudaraan dalam keluarga.... Akak nie bukan lah 100% bukan pengguna teknologi yang ada sekarang cuma akak nak kita mak bapak nie plzz pantau anak-anak kita jangan lah terlalu taksub dengan teknologi yang makin berkembang nie.... Akak takut lama-lama anak kita nie nak cakap minta makan pon minta melalui wasap je... Ko rasa???? Kalau akak dah lempang empatbelaskali kalau macam tu.... Nauzubillah...

Saje kan akak nie sekali update cite nak panjang berjela.... terpulang korang nak baca atau tak *Tapi dalam hati harap korang baca entrie nie hehehehe*
Fikir-fikir kan dan selamat beramal... hehehe

Thursday, August 11, 2016

Qaseh Gold Adinda


Qaseh Gold Adinda 

Dirumus dengan madu, kurma, habbatus sauda, buah tiin (fig), minyak zaitun, saffron dan air zam-zam bersama herba lain. Qaseh Adinda juga dicampur dengan herba khusus untuk wanita iaitu manjakani, pegaga dan buah markisa.

FUNGSI :

1.Memudahkan pengambilan makanan sunnah harian
2.Menambah tenaga
3.Mencerdaskan minda
4.Membuang toksin
5.Melancarkan penyerapan dan perkumuhan
6.Meningkatkan sistem imun
7.Memperbaiki perjalanan darah dan sistem saraf
8.Mempercepatkan penyembuhan
9.Menstabilkan mood
10.Menstabilkan hormon

KEISTIMEWAAN


Qaseh selamat digunakan oleh seisi keluarga bermula usia 3 tahun. Sangat sesuai untuk wanita hamil, sedang berpantang dan menyusu kerana bahannya yang semulajadi.


TIP PENGGUNAAN

1. Makan 2-3 sudu besar pagi sewaktu perut kosong dan 2-3 sudu besar lagi sebelum tidur malam.
2. Gunakan sudu plastik bagi memastikan khasiat madu terpelihara.
3. Minum air yang banyak untuk mengeluarkan toksin dari tubuh.



Kenali Syarikat Ana Edar

Jom kenali Syarikat Ana Edar

Ana Edar Sdn Bhd ditubuhkan pada tahun 1983. Ana Edar Sdn Bhd syarikat yang telah lama dan masih bertahan sehingga kini.



Ana Edar Sdn. Bhd. telah ditubuhkan bagi memenuhi permintaan pasaran yang ingin turut serta memartabatkan ekonomi ummah melalui produk jenama ANA yang halal, selamat dan bermutu.

Ana Edar Sdn. Bhd. mendokong falsafah perniagaan yang sama iaitu menjalankan perniagaan sebagai fardhu kifayah, serta menjiwai teras visi dan misi penting iaitu melahirkan usahawan Muslim yang berwibawa dan berdaya saing, serta memperkasakan pengedaran produk Muslim yang bermutu, halal dan selamat di bawah jenama ANA. Pelabgai usaha giat dijalankan seja dahulu lagi bagi menjamin kualiti produk keluaran Ana Edar Sdn. Bhd. Antara kejayaan yang telah berjaya dikecapi ialah pengiktirafan Halal daripada JAKIM dan juga pengiktirafan IMP yang membuktikan proses penghasilan produk Ana Edar adalah Halalan Toyyiba, Alhamdulillah.


Ana Edar Sdn. Bhd. yakin hasrat untuk menaiktarafkan kemampuan ekonomi ummah melalui perniagaan yang telus dan disinari ajaran Islam serta rangkaian produk yang halal, selamat dan bermutu. Ana Edar Sdn. Bhd. juga berhasrat menembusi pasaran halal antarabangsa dan memainkan peranan penting dalam memartabatkan piawaian halal demi kepentingan ummah sejagat.

Kami mengalu-alukan kehadiran anda, sama ada sebagai stokkis, pengedar atau pengguna untuk mewujudkan kerjasama erat ke arah mencapai kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Mafhum firman Allah Taala, “…Dan tolong menolonglah kamu dalam(mengerjakan) kebajikan(kebaikan) dan taqwa, dan janganlah kamu tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan..” Al-Maidah: ayat 2.

“Wahai tuhan kami, kurniakanlah kepada kami hasanah di dunia, dan hasanah di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka…” Amin Ya Rabbal Alamin. Semoga sekelumit usaha yang sama-sama kita bangunkan dan usahakan mendapat keberkatan daripada Allah Taala.


Ana Edar telah memilih Ustaz Haslin Baharim sebagai Duta Qaseh Gold dalam membantu usaha untuk memperkasakan rangkaian bisnes Ana Edar. Alhamdulillah, keterlibatan beliau secara langsung telah memberi impak yang besar di samping gandaan usaha daripada Rakan Niaga, Stokis dan juga Pengedar. Begitu juga usaha yang tidak pernah luntur di bahagian R&D (Research & Development) Ana Edar.

Untuk maklumat lanjut boleh ke web site http://www.qaseh2u.com/ pelbagai maklumat anda boleh perolehi tentang Ana Ear Sdn Bhd.

Thursday, March 17, 2016

Ais Cream Era Baru.

Assalamualaikum...

Zaman sekarang banyak betul idea-idea kreatif yang dikeluarkan oleh orang-orang kita. Stail lama diperbaharui macam ais cream. 

Sebenarnya akak nak cerita hari selasa ari tu akak ada order Smoothie Ice Cream. Memang kalau korg tgk mesti korg pon terliur sebab dengan color-color yang pelbagai menjadikan orang yang tak suka makan ais krim pon boleh teringin nak makan... Tapi ada ke orang yang tak makan ais krim dalam dunia nie??? hehehehehe...

Tapi akak memang budjet la sapa yang menengok ais krim nie boleh jatuh cinta n teringin nak beli.
Nak jadikan cerita dari ari ahad tu akak saje jalan-jalan kt 1 page jual makan-makan, yela korg pon tahu sekarng pon senang nak cari makan dah tak payah nak pegi jalan jauh2 nak pegi cari makan cuma buka je FB cari page makan-makan COD bagai wasap je nombor telefon yang yg jual terus makanan tu sampai depan rumah. Ha....kan senang.... Semua dihujung jari la sangatttt... hahahaha

So masa belek-belek Fb tu terjumpa post pasal Smoothie ais krim nie akak tengok je terus amik no tel akak yang jual terus wasap dia... So deal punya deal akak tu pon hantar ais krim tu kat ofis akak ari isnin. So apa lagi excited akak bila dapat ais krim yang kecik molek dan mengiurkan tu...hahahaha... ayat tak boleh bla... Nak mengelakkan dari ais krim tu cair akak masukkan lah ais krim tu dalam freezer kat ofis. Korg tahu jela la akak nie jenis pelupa so ais krim tu pon tertinggal kat ofis, nak tak nak mimpi jela dulu nak makan ais krim tu...hehehehe..

So semalam baru akak dapat merasa kelazatan ais krim smoothie tu. Rasa dia not bad cuma kulit fondant ais krim tu terlalu rasa tepung jadi jenis orang yang tak suka rasa tepung macam akak memang jwpnya makan sia krim tu je...hehehehehe

Ais krim tu ada 9 perisa tapi akak order 7 perisa je.


Nie lah rupa ais cream Smoothie yang menganggu gugat keimanan akak.. hehehe... Ais krim nie comel2 je macam akak juga.... hahahaha... saje je memuji diri sendiri sebab xde orang nak puji akak *Mood Sedih...( Dalam hati dah kena kau tetiba nak sedih palk pang sekali kang).  Yang gambar atas nie perisa bubble gum dan strawberry. Tapi akak suka strawberry sebab sedappp tapi yg hat bubble gum tu rsa dia mcm pepermint pon ada... mana-mana jela la labu asal sedap dek tekak...hahaha


yang nie keratan rentas ais krim nie bila telah dibelah menjadi 6 slices...wah... ayat akak kau nie x boleh bla kan...hahahaha


Yang hat nie plak perisa coklat n nutella. tapi akak suka coklat sebab rsa coklat boleh mcm tu...hehehehe. yang hat nutella tu rupanya ais krim tu perisa susu cuma dia letak nutella n biskut kecik dalam tu, akak ingat nutella hbs 1 dalam tu..ermmm... akak makan sikit je selebihnya anak akak yang menghadap. Maaf keratan rentasnya akak tak daya nak amik gambo.


Yang nie plak perisa Oreo milk dan durian. Dan semestinya akak suka durian, yang oreo tu pon sama dengan nutella dalam tu ais krim susu n dia letak la oreo yang kecik. Tu pon semua anak akak yang belasah.

 Sebenarnya dia ada 9 perisa lagi 2 perisa tu tak salah akak perisa Yam dengan cheese. Disebabkan akak tak berapa suka keladi dan cheese so tu akak tak order.

Tapi so far pendapat pd akak ais krim nie akak bagi 5 bintang dari 10 bintang. sebab apa akak bagi 1/2 dari tu sebab akak tak suka rsa tepung topping dia sebab rsa tepung sesangat. cuba kalau topping dia tu dia letak perasa mesti lagi umpphhh....

So korg g lah order dengan akak nie nama akak nie Akak Fazilah 019-768 5408.

Order jangan tak order. Bye.