Papa,Mama,Dira,Azie & Haiqal

Monday, April 22, 2019

Peminat Coklat.

Assalamualaikum dan salam semua,

Dah lama gak yanie tak update blog. Last bulan lepas. Tulah lepas nie kena rajin-rajin update blog.

Meh yanie tak pernah cerita pasal business jualan coklat yanie. Mana yang sedia maklum yanie sekarang buat business jual coklat. Jenama coklat nie ramai juga yang dah kenal. Nak cerita pasal asal usul chocodaps nie.

Chocodaps nie coklat buatan bumiputera. Founder dia pon orang melayu. So korang jangan malu-malu atau was-was nak try chocodaps nie.

Alhamdulilah yanie dah join jual Chocodaps nie dah dekat 2 tahun cuma tak lah kaw-kaw sangat sales nya tapi alhamdulilah jualan coklat nie membantu yanie dapat duit tepi. Korang pon tahu ramai sebenarnya yang nak mencari duit tepi tapi tak tahu nak meniaga apa. Senang cakap nak cari produk yang senang jual dan ramai orang suka.

Majoriti manusia nie memang suka coklat, kalau ada yang tak suka pon boleh kira dek kalkulator hehehe.. Peminat coklat nie kebanyakan perempuan dan umo di antara 5 tahun sampai lah 45 tahun. kenapa yanie bagi guide umo sampai 45 tahun sebab 45 tahun ke atas kebanyakan dah tak ambik makanan manis-manis nie sebab antara orang tu ada kencing manis atau nak jaga kesihatan. \

Chocodaps nie ada dekat 14 perisa. Korang rasa banyak ke x? Banyak kan. Sekali korang tengok leh rambang mata nak pilih. Nnti yanie upload gambar coklat yang ada korang jangan kesat air liur plak ye hahaha.

Ha... nie sebahagian perisa coklat Chocodaps.

Korang leh tengok kat gambar tu apa perisa yang ada. Malas plak yanie nak dk tulis 1 1 hahaha.


Ha...yang hat nie plak nama nya Truffle. Kalau kat luar negara truffle nie famous. Mana yang suka hat pahit-pakit tu leh pilih Truffle sebab luar coklat tu di salut Serbuk koko.

Yang truffle nie ada 4 flavor. Ada Manggo yang nie yanie suka sebab rasa manggo dia mengancam. ada Hazelnut ha...yang nie suka minum air hazelnut sesuai untuk korang rasa. Coffee, yang coffee nie memang ngam sebab bila serbuk koko bercampur rasa coffee perghhhh...pergi dia macam cap jempol kacang ngan nying. Perisa lagi 1 Milk, yang nie macam coklat milk biasa.



Ha....yang nie paling kesukaan yanie Yogurt. Memang lagi power pergi dia bila korang rasa.

Bagi korang yang perangai suka makan nak rasa yang masam-masam manis nie pilihan yang WAJIB korang rasa. Yogurt nie ada 3 pilihan perisa korang leh try.

First Yogurt Plain white Choc, yang nie white coklat campur rasa yogurt. Rasa white choklat dia memang takde, yanie nie tak suka white coklat pon suka makan sebab tak rasa white coklat. Memang sedap giler. Yang ke-2 perisa Manggo, yang nie pon sedap sebab rasa mango dia memang terasa keaslian manga nya. Boleh bayangkan korang buka je plastic coklat tu dah semerbak bau manga tu huhuhu memang boleh buat haru kalau tak rasa. hehehe... Yang last perisa  Strawberry. Alahai malas yang nie pon rasa dia leh buat meletup-letup rasa nya bila masam dari strawberry di campur rasa yogurt tu perghhh…. lagi haru bila korang rasa.

Senang cakap korang kena rasa dulu baru tahu nikmat coklat Chocodaps nie. Nak tahu lebih lanjut leh klik link FB kat bawah. Haryane Mansor add FB yanie kalau korang nak tahu lebih lanjut.

Meh yanie spam banyak lagi gambar coklat biar buat korang tak tidur malam hahaha.















Dah cukup lagi banyak nanti lagi sasu di buatnya nanti ok bye.

Monday, March 18, 2019

Hindari Orang Negatif

Assalamualaikum Dan Selamat Pagi Korang,

Tetiba yanie teringin share pasal orang-orang yang negatif. Tak dinafikan dikalangan kawan-kawan atau keluarga kita sendiri ada yang sentiasa berpandangan negatif.

Kadang-kadang kita pon berfikiran negatif. Tapi 1 yang yanie nak pesan nak berjaya kita kena berkawan dengan orang yang berfikiran positif sebab ini pesanan dari guru perniagaan yanie. Nak berjaya kawan dengan mereka yang positif kerana bila persekitaran kita positif maka pekerjaan kita juga positif. Betul tak?

Tapi bila ada di antara kawan-kawan kita suka berfikiran negatif sebenarnya ia pon mempengaruhi pemikiran kita sebenarnya. Tak percaya? try la kawan dengan orang yang negatif fikiran nya korang pon akan berfikiran negatif. Sebab orang yang berada disekililing kita mempengaruhi kehidupan seharian kita.

Bukan lah maksud yanie korang tak boleh kawan dengan orang-orang macam nie, boleh tapi jangan terlalu rapat dan terlalu banyak berkongsi masalah sebab keputusan yang terhasil adalah result yang negatif.

Yanie sendiri mengalaminya, bila persekitaran pejabat kita terlalu banyak benda negatif jadi hasil kerja kita pon penuh dengan benda negatif. Bila masing-masing nak memang dan menegakkan benang yang basah (cewah... berperibahasa hehehe) jadi masing-masing nak memang. So suasana yang macam nie memang tak sesuai dan tak sihat sebenarnya. Macam gas beracun yang pelan-pelan boleh membunuh diri kita. Benda nie serius terjadi.

So kita yang positif nie kena menyesuaikan diri dan protect diri dari orang-orang macam nie. Yang penting kena jadi orang yang kalis dengan lemparan negatif orang. Umpama nya macam baju kalis peluru lah. Orang tembak korang tapi korang kalis peluru or kebal.. hehehe

Jadi jom jadi someone yang positif supaya kita pon dapat kawan-kawan yang positif. okey

Bye.

Sunday, March 17, 2019

Fasa Baru Dalam Hidup Cik Haryane.

Assalamualaikum korang semua dan Selamat hari Ahad.

Hari nie terpanggil plak nak share kat korang fasa hidup baru yang yanie bakal lalui selepas ini.

Mungkin keputusan nie macam drastik tapi ini lah pilihan dan pengalaman yang yanie pilih dalam hidup. dan sebenarnya yanie tak terfikir pon keputusan nie yanie buat sepanjang karier yanie.

Mostly ramai yang tahu atau mungkin reader tak tahu yang yanie bekerja sebagai orang gomen (kerani jerrr). dah dekat 11 tahun tapi tak sampai lagi yanie dalam industri pengkerajaan nie hehehehe.. lama kanzz. Tapi bila start tahun 2019 nie bila anak-anak yanie dah start bersekolah semua dan business yang yanie jalankan alhamdulilah bagus yanie dah start terfikir nak berhenti kerja.

Kenapa??

Banyak faktor sebenarnya yanie start fikir mcm tu. Di antaranya adalah anak-anak yanie sendiri. Why?? sebab anak yanie uruskan sepenuhnya. Dari hantar anak sekolah pagi sampai lah ambil dari sekolah Agama. Jadi yanie selalu lah keluar masuk pejabat. Sebenarnya pegawai dekat ofis yanie nie okey je tapi cuma bila kerja banyak anak-anak yanie tak ke sekolah agama.

Jadi kesian dekat anak-anak bila tak bersekolah.

So ini lah masa nya yanie perlu korbankan sesuatu untuk masa hadapan anak-anak. walaupun ada yang tak menyokong keputusan yanie tapi ini lah masa nya untuk yanie tarik diri dan tumpukan pada anak-anak dan perniagaan yanie.

Insyallah yanie dan husband coming soon akan mengeluarkan produk kitorg sendiri dan company pon kami dah start up. Alhamdulilah Allah dah aturkan semuanya kemas-kemas. Konsep yang yanie gunakan sekarang, Rezeki kat mana-mana pon Allah SWT akan bagi yang penting usaha dan tawakal pada Dia.

So start 14 April 2019 nie fasa perubahan pada rutin harian yanie. Masa lebih fleksible sebab masa kita yang akan arrange sendiri. Tapi mungkin yanie akan lebih sibuk disebabkan perniagaan yanie.

So kawan-kawan doakan dipermudahkan semua urusan yanie dan semoga perniagaan yanie dan suami akan lebih berjaya. Aamiin.

Bye.

Thursday, January 24, 2019

Orang Positif VS Orang Negatif.


Assalamualaikum...

Haluuu... Apa kabo korang?

Cuma nak bercerita dengan korang macam mana nak handle atau berkerja dengan orang yang negative di kalangan rakan sekerja.

Nak tanya dikalangan rakan sekerja korang ada tak yang berperangai negatif dan sangat annoying?
Mesti ada kan....

Tapi korang tahu tak macam mana nak handle orang-orang yang macam nie?

Apa yang yanie tulis nie berdasarkan apa yang pernah berlaku di dalam kehidupan yanie.

Sebenarnaya orang negatif nie banyak kategori, antaranya adalah orang yang tinggi dengan hasad denggi. Ini adalah orang yang palinggg... BAHAYA. Sebab.. dia boleh membunuh kerjaya orang lain dengan menghasut pihak atasan dan mengadu domba dengan boss korang... Cewah bahasa mengadu domba yerk... hehehe

Dan tak mustahil orang macam nie mudah mempengaruhi orang atasan untuk mempercayai kisah yang diorang sampaikan. Senang cakap senang nak KIPAS boss. Dan tak mustahil lagi boss-boss korang akan mempercayainya kerana orang kategori macam nie pandai memutar kata. Eceh...macam ayat dalam lagu kumpulan exist plak hehehe.

Dan ada juga orang negatif nie jenis memendam rasa dan membuat jahat dalam diam. Kategori ini pon bahaya. Sebab orang macam nie makan hati tapi bila kemarahan dia dah tahap tak boleh simpan nak meletup tu yang terjadinya kes bunuh, kes cedera kan kawan setugas..... ishhh Nauzubillah jauhkan orang macam nie.

Sebab tu kalau boleh biarlah kita berkawan dengan orang-orang yang positif. Supaya kita pon tak tergolong di antara orang-orang yang negatif.

Satu nasihat yanie bila ada di antara kawan-kawan korang yang negatif please jangan terlibat sekali dengan perangai buruk diorang dan yang penting nasihatkan mereka tak pon hantar diorg jumpa kaunseling senang cerita.

Ok settle sesi meluah kat sini. hehehehe.... Be Positive Person To Be Good Person.

Bye. 

Monday, January 14, 2019

Happy New Year 2019.

Assalamualaikum dan Selamat tahun baru 2019.

Walaupun dah 2 minggu masuk tahun 2019 tapi yanie nak ucapkan Selamat tahun Baru untuk viewer blog yanie.
Fuh..... (Kesat peluh jap) lama bebeno tak update blog. Last update tahun lepas bulan Jun. Kau bayang blog nie bukan ada sarang labah-labah je tapi sarang buaya dah beranak-anak pon ada .... hahahaha...

By the why... perghhh sepiking london mok cik kau nie, banyak kenangan sebenarnya tahun 2018. Macam tahun-tahun sebelum nie macam mana korang lalui macam tulah juga tahun 2018. Cuma pengalaman dan kisah-kisahnya ada yang berbeza.

Sebenarnya ada kenangan manis, pahit dan masin berlaku di tahun 2018 bagi yanie tapi apa pon pengalaman nie yang mengajar kita untuk jadi lebih dewasa dan menajar kita lebih berhati-hati membuat keputusan.

Tahun 2018 sebenarnya yanie macam lebih tumpukan pada perniagaan yang yanie buat tapi biasa lah diri masih belajar macam mana nak handle 2 tugas sekali gus. tugas hakiki dan perniagaan bukan lah senang. bukan 2 tugas tapi banyak bila seorang wanita memilih menjadi seorang yang terikat dengan tugas hakiki dan juga business. Sebab bila di pejabat tentu kita dah sibuk dengan tugas hakiki, bila di rumah kita sibuk pulak dengan tugas sebagai seorang peniaga dan suri rumah. Korang rasa...... cuma wanita berkerjaya dan berbusiness je tahu macam mana penatnya.

Tapi apa-apa pun tahun 2018 adalah tahun awesome juga bagi yanie. Walaupun ada juga kisah sedih tapi yanie lebih ambil pada pengalaman yang best-best. yang tak best kita buang tepi okey...

Apa pun selamat menempuh tahun 2019 dengan matlamat yang lebih jelas dan kukuh untuk jadi pekerja, business women dan suri rumah yang berjaya. Cahyok!!!!

So Selamat Tahun Baru 2019 semua!!!

Bye...