Papa,Mama,Dira,Azie & Haiqal

Monday, April 22, 2019

Peminat Coklat.

Assalamualaikum dan salam semua,

Dah lama gak yanie tak update blog. Last bulan lepas. Tulah lepas nie kena rajin-rajin update blog.

Meh yanie tak pernah cerita pasal business jualan coklat yanie. Mana yang sedia maklum yanie sekarang buat business jual coklat. Jenama coklat nie ramai juga yang dah kenal. Nak cerita pasal asal usul chocodaps nie.

Chocodaps nie coklat buatan bumiputera. Founder dia pon orang melayu. So korang jangan malu-malu atau was-was nak try chocodaps nie.

Alhamdulilah yanie dah join jual Chocodaps nie dah dekat 2 tahun cuma tak lah kaw-kaw sangat sales nya tapi alhamdulilah jualan coklat nie membantu yanie dapat duit tepi. Korang pon tahu ramai sebenarnya yang nak mencari duit tepi tapi tak tahu nak meniaga apa. Senang cakap nak cari produk yang senang jual dan ramai orang suka.

Majoriti manusia nie memang suka coklat, kalau ada yang tak suka pon boleh kira dek kalkulator hehehe.. Peminat coklat nie kebanyakan perempuan dan umo di antara 5 tahun sampai lah 45 tahun. kenapa yanie bagi guide umo sampai 45 tahun sebab 45 tahun ke atas kebanyakan dah tak ambik makanan manis-manis nie sebab antara orang tu ada kencing manis atau nak jaga kesihatan. \

Chocodaps nie ada dekat 14 perisa. Korang rasa banyak ke x? Banyak kan. Sekali korang tengok leh rambang mata nak pilih. Nnti yanie upload gambar coklat yang ada korang jangan kesat air liur plak ye hahaha.

Ha... nie sebahagian perisa coklat Chocodaps.

Korang leh tengok kat gambar tu apa perisa yang ada. Malas plak yanie nak dk tulis 1 1 hahaha.


Ha...yang hat nie plak nama nya Truffle. Kalau kat luar negara truffle nie famous. Mana yang suka hat pahit-pakit tu leh pilih Truffle sebab luar coklat tu di salut Serbuk koko.

Yang truffle nie ada 4 flavor. Ada Manggo yang nie yanie suka sebab rasa manggo dia mengancam. ada Hazelnut ha...yang nie suka minum air hazelnut sesuai untuk korang rasa. Coffee, yang coffee nie memang ngam sebab bila serbuk koko bercampur rasa coffee perghhhh...pergi dia macam cap jempol kacang ngan nying. Perisa lagi 1 Milk, yang nie macam coklat milk biasa.



Ha....yang nie paling kesukaan yanie Yogurt. Memang lagi power pergi dia bila korang rasa.

Bagi korang yang perangai suka makan nak rasa yang masam-masam manis nie pilihan yang WAJIB korang rasa. Yogurt nie ada 3 pilihan perisa korang leh try.

First Yogurt Plain white Choc, yang nie white coklat campur rasa yogurt. Rasa white choklat dia memang takde, yanie nie tak suka white coklat pon suka makan sebab tak rasa white coklat. Memang sedap giler. Yang ke-2 perisa Manggo, yang nie pon sedap sebab rasa mango dia memang terasa keaslian manga nya. Boleh bayangkan korang buka je plastic coklat tu dah semerbak bau manga tu huhuhu memang boleh buat haru kalau tak rasa. hehehe... Yang last perisa  Strawberry. Alahai malas yang nie pon rasa dia leh buat meletup-letup rasa nya bila masam dari strawberry di campur rasa yogurt tu perghhh…. lagi haru bila korang rasa.

Senang cakap korang kena rasa dulu baru tahu nikmat coklat Chocodaps nie. Nak tahu lebih lanjut leh klik link FB kat bawah. Haryane Mansor add FB yanie kalau korang nak tahu lebih lanjut.

Meh yanie spam banyak lagi gambar coklat biar buat korang tak tidur malam hahaha.















Dah cukup lagi banyak nanti lagi sasu di buatnya nanti ok bye.

Monday, March 18, 2019

Hindari Orang Negatif

Assalamualaikum Dan Selamat Pagi Korang,

Tetiba yanie teringin share pasal orang-orang yang negatif. Tak dinafikan dikalangan kawan-kawan atau keluarga kita sendiri ada yang sentiasa berpandangan negatif.

Kadang-kadang kita pon berfikiran negatif. Tapi 1 yang yanie nak pesan nak berjaya kita kena berkawan dengan orang yang berfikiran positif sebab ini pesanan dari guru perniagaan yanie. Nak berjaya kawan dengan mereka yang positif kerana bila persekitaran kita positif maka pekerjaan kita juga positif. Betul tak?

Tapi bila ada di antara kawan-kawan kita suka berfikiran negatif sebenarnya ia pon mempengaruhi pemikiran kita sebenarnya. Tak percaya? try la kawan dengan orang yang negatif fikiran nya korang pon akan berfikiran negatif. Sebab orang yang berada disekililing kita mempengaruhi kehidupan seharian kita.

Bukan lah maksud yanie korang tak boleh kawan dengan orang-orang macam nie, boleh tapi jangan terlalu rapat dan terlalu banyak berkongsi masalah sebab keputusan yang terhasil adalah result yang negatif.

Yanie sendiri mengalaminya, bila persekitaran pejabat kita terlalu banyak benda negatif jadi hasil kerja kita pon penuh dengan benda negatif. Bila masing-masing nak memang dan menegakkan benang yang basah (cewah... berperibahasa hehehe) jadi masing-masing nak memang. So suasana yang macam nie memang tak sesuai dan tak sihat sebenarnya. Macam gas beracun yang pelan-pelan boleh membunuh diri kita. Benda nie serius terjadi.

So kita yang positif nie kena menyesuaikan diri dan protect diri dari orang-orang macam nie. Yang penting kena jadi orang yang kalis dengan lemparan negatif orang. Umpama nya macam baju kalis peluru lah. Orang tembak korang tapi korang kalis peluru or kebal.. hehehe

Jadi jom jadi someone yang positif supaya kita pon dapat kawan-kawan yang positif. okey

Bye.

Sunday, March 17, 2019

Fasa Baru Dalam Hidup Cik Haryane.

Assalamualaikum korang semua dan Selamat hari Ahad.

Hari nie terpanggil plak nak share kat korang fasa hidup baru yang yanie bakal lalui selepas ini.

Mungkin keputusan nie macam drastik tapi ini lah pilihan dan pengalaman yang yanie pilih dalam hidup. dan sebenarnya yanie tak terfikir pon keputusan nie yanie buat sepanjang karier yanie.

Mostly ramai yang tahu atau mungkin reader tak tahu yang yanie bekerja sebagai orang gomen (kerani jerrr). dah dekat 11 tahun tapi tak sampai lagi yanie dalam industri pengkerajaan nie hehehehe.. lama kanzz. Tapi bila start tahun 2019 nie bila anak-anak yanie dah start bersekolah semua dan business yang yanie jalankan alhamdulilah bagus yanie dah start terfikir nak berhenti kerja.

Kenapa??

Banyak faktor sebenarnya yanie start fikir mcm tu. Di antaranya adalah anak-anak yanie sendiri. Why?? sebab anak yanie uruskan sepenuhnya. Dari hantar anak sekolah pagi sampai lah ambil dari sekolah Agama. Jadi yanie selalu lah keluar masuk pejabat. Sebenarnya pegawai dekat ofis yanie nie okey je tapi cuma bila kerja banyak anak-anak yanie tak ke sekolah agama.

Jadi kesian dekat anak-anak bila tak bersekolah.

So ini lah masa nya yanie perlu korbankan sesuatu untuk masa hadapan anak-anak. walaupun ada yang tak menyokong keputusan yanie tapi ini lah masa nya untuk yanie tarik diri dan tumpukan pada anak-anak dan perniagaan yanie.

Insyallah yanie dan husband coming soon akan mengeluarkan produk kitorg sendiri dan company pon kami dah start up. Alhamdulilah Allah dah aturkan semuanya kemas-kemas. Konsep yang yanie gunakan sekarang, Rezeki kat mana-mana pon Allah SWT akan bagi yang penting usaha dan tawakal pada Dia.

So start 14 April 2019 nie fasa perubahan pada rutin harian yanie. Masa lebih fleksible sebab masa kita yang akan arrange sendiri. Tapi mungkin yanie akan lebih sibuk disebabkan perniagaan yanie.

So kawan-kawan doakan dipermudahkan semua urusan yanie dan semoga perniagaan yanie dan suami akan lebih berjaya. Aamiin.

Bye.

Thursday, January 24, 2019

Orang Positif VS Orang Negatif.


Assalamualaikum...

Haluuu... Apa kabo korang?

Cuma nak bercerita dengan korang macam mana nak handle atau berkerja dengan orang yang negative di kalangan rakan sekerja.

Nak tanya dikalangan rakan sekerja korang ada tak yang berperangai negatif dan sangat annoying?
Mesti ada kan....

Tapi korang tahu tak macam mana nak handle orang-orang yang macam nie?

Apa yang yanie tulis nie berdasarkan apa yang pernah berlaku di dalam kehidupan yanie.

Sebenarnaya orang negatif nie banyak kategori, antaranya adalah orang yang tinggi dengan hasad denggi. Ini adalah orang yang palinggg... BAHAYA. Sebab.. dia boleh membunuh kerjaya orang lain dengan menghasut pihak atasan dan mengadu domba dengan boss korang... Cewah bahasa mengadu domba yerk... hehehe

Dan tak mustahil orang macam nie mudah mempengaruhi orang atasan untuk mempercayai kisah yang diorang sampaikan. Senang cakap senang nak KIPAS boss. Dan tak mustahil lagi boss-boss korang akan mempercayainya kerana orang kategori macam nie pandai memutar kata. Eceh...macam ayat dalam lagu kumpulan exist plak hehehe.

Dan ada juga orang negatif nie jenis memendam rasa dan membuat jahat dalam diam. Kategori ini pon bahaya. Sebab orang macam nie makan hati tapi bila kemarahan dia dah tahap tak boleh simpan nak meletup tu yang terjadinya kes bunuh, kes cedera kan kawan setugas..... ishhh Nauzubillah jauhkan orang macam nie.

Sebab tu kalau boleh biarlah kita berkawan dengan orang-orang yang positif. Supaya kita pon tak tergolong di antara orang-orang yang negatif.

Satu nasihat yanie bila ada di antara kawan-kawan korang yang negatif please jangan terlibat sekali dengan perangai buruk diorang dan yang penting nasihatkan mereka tak pon hantar diorg jumpa kaunseling senang cerita.

Ok settle sesi meluah kat sini. hehehehe.... Be Positive Person To Be Good Person.

Bye. 

Monday, January 14, 2019

Happy New Year 2019.

Assalamualaikum dan Selamat tahun baru 2019.

Walaupun dah 2 minggu masuk tahun 2019 tapi yanie nak ucapkan Selamat tahun Baru untuk viewer blog yanie.
Fuh..... (Kesat peluh jap) lama bebeno tak update blog. Last update tahun lepas bulan Jun. Kau bayang blog nie bukan ada sarang labah-labah je tapi sarang buaya dah beranak-anak pon ada .... hahahaha...

By the why... perghhh sepiking london mok cik kau nie, banyak kenangan sebenarnya tahun 2018. Macam tahun-tahun sebelum nie macam mana korang lalui macam tulah juga tahun 2018. Cuma pengalaman dan kisah-kisahnya ada yang berbeza.

Sebenarnya ada kenangan manis, pahit dan masin berlaku di tahun 2018 bagi yanie tapi apa pon pengalaman nie yang mengajar kita untuk jadi lebih dewasa dan menajar kita lebih berhati-hati membuat keputusan.

Tahun 2018 sebenarnya yanie macam lebih tumpukan pada perniagaan yang yanie buat tapi biasa lah diri masih belajar macam mana nak handle 2 tugas sekali gus. tugas hakiki dan perniagaan bukan lah senang. bukan 2 tugas tapi banyak bila seorang wanita memilih menjadi seorang yang terikat dengan tugas hakiki dan juga business. Sebab bila di pejabat tentu kita dah sibuk dengan tugas hakiki, bila di rumah kita sibuk pulak dengan tugas sebagai seorang peniaga dan suri rumah. Korang rasa...... cuma wanita berkerjaya dan berbusiness je tahu macam mana penatnya.

Tapi apa-apa pun tahun 2018 adalah tahun awesome juga bagi yanie. Walaupun ada juga kisah sedih tapi yanie lebih ambil pada pengalaman yang best-best. yang tak best kita buang tepi okey...

Apa pun selamat menempuh tahun 2019 dengan matlamat yang lebih jelas dan kukuh untuk jadi pekerja, business women dan suri rumah yang berjaya. Cahyok!!!!

So Selamat Tahun Baru 2019 semua!!!

Bye...

Wednesday, June 6, 2018

Entry Setahun Kemudian.


Weyy.... lama giler tak update apa-apa dalam blog nie.

tengok entry yang paling last korang tahu tak setahun lepas. giler tak lama.hahaha

aduh.... sibuk meniaga n kerja hakiki menjadikan yanie tak sempat dan seakan lupa yang yanie ada blog.

tak mau janji leh konsisten nak update blog tapi yanie try. hehehe

insyallah next entry yanie nak update pasal business baru yang yanie dah ceburi dekat setahun.

ok stay tune and cekedout...


Thursday, June 8, 2017

Lutfan Haikal

Assalamualaikum,

Lama dah tak update blog knnnn.....
Dah bersawang blog nie...
sory lah ye sbb akak bz sesangat dgn tugas hakiki....
tetiba nie je ter...rajin nak update blog nie...

ok dah tak mau melerik panjang2.... Rsa akak tak pernah cerita psl anak akak yang no-3 kn...
Nama dia Lutfan Haikal ktorg biasa panggil Haikal je tapi kt taska diorg pggl Lutfan.... so mana2 nama nk pggl pon boleh....

Skrg dak haikal nie dh nk msk 3 thn.... dia lahir sama bulan ngan papa dia bulan 11....
dah start belajar kat taska tapi yang basic2 jela...
teacher dia ckp haikal nie mulut pot pet pot pet x berhenti mcm pop corn.... tapi sama je kat rumah ckp x berhenti.....
dia kuat sakat si Azie sbb si Azie nie gembeng sikit... korg tahu gembeng tu apa?? gembeng tu kuat menangis n drama queen..hahahaha

ha...nie gmbr dia masa baru bpe bulan....


Haikal nie perangai dia sebiji dengan Hadirah..... Independent n tak banyak kerenah.... tapi 1 perangai yang betul2 sama ant haikal n dira nie suka tido di pagi hari dan berjaga di malam hari....

Gambar nie tak silap masa dia dah 6 bulan.

Masa kecik haikal nie dia ada eczema dekat area pipi dan telinga dia. Mak ngan apak dia risau gak, mula-mula ingatkan dia kena ruam susu ke apa, macam-macam ubat dah pakai... bila baik je nanti jadi balik, so disebabkan anak jantan sorang so apak dia risau la.... bila selidik dan di kaji rupanya dak nie memang kena eczema, dia alah dengan telur.

So nak dijadikan cerita mak dia pon puasa la makan telur selama setahun... Tapi alhamdulilah lepas setahun nampaknya eczema tu dah xde, sbb mak dia nie suka berekperimen dengan anak dia nie. Try la makan telur alhamdulilah ruam eczema tu xde timbul so start dari tu mak kau bantai makan telur. Dan dijadikan cerita dak nie pon penggemar telur tegar tau...hehehehe

Alhamdulilah budak nie membesar bagai juara sekarang. Mama n Papa diokan semoga adik jadi anak yang soleh dan sentiasa berbakti dengan sesiapa sahaja. Aamin

Ok lah setakat tu je akak nak cerita, tak mampu nak taip banyak-banyak, nie pon entry yang dah berkurun jadi draf tau... Punya lah malas akak kau nie, hehehe

Ok bye.

Monday, February 6, 2017

Anak Zaman Dahulu Vs Sekarang


Assalamualaikum dan selamat petang...

Macam formal plak tajuk entry akak kali nie... Tapi tajuk nie memang serius kalau dibincangkan...
Kita mak-mak atau bapak-bapak nie pernah alami zaman kanak-kanak kn???
Tapi rasa nya cabaran membesarkan anak dahulu dengan zaman sekarang sangat berbeza kan.... sebabnya zaman dulu budak-budak nie tak terdedah sangat dengan multimedia nie....

yela zaman dulu kita kan banyak buat aktiviti luar macam main masak-masak, petik bunga mak sampi gondol last-last kena marah dengan mak...hahahah sapa pernah alami macam akak.... rasa semua pernah alami...
main kawin-kawin dengan anak jiran.... siap cakap kau jadi mak, kau jadi bapak lepas tu kau kawin dengan dia....hahahaha seronok nya bila melalui zaman kanak-kanak yang indah.... xde pikir pon masalah dunia...

Tapi bila bercerita tang anak-anak sekarang.... Yela bagi mak-mak dan bapak-bapak yang ada anak-anak kecik menanjak naik mesti merasai apa yang yanie rasa. Cabaran membesarkan anak zaman sekarang amatlah susah.... kalau dulu mak yanie kalau x bagi yanie main sesuatu senang je bagi signal mata besar menandakan bahawa mak kau x bagi main benda tu... Tapi bila kena part anak yanie plak ya ampunnn... kau bagi signal mata besar ke... signal mulut keeee anak ko buat x kisah makin dicabar kesabaran... tapi disebabkan kat rumah orang buat2lah kunun2 jadi mak soleha..

Itu yang berlaku pada anak-anak pada zaman dulu tapi yang berlaku pada anak-anak zaman sekarang adalah berbeza.... sangat-sangat berbeza.... sebab nya,
anak zaman sekarang diorang dah xde pon main-main pondok-pondok ke... masak-masak macam kita dulu.... semuanya main dengan benda yang real.... tapi anak sekarang kalau main masak-masak pon dalam dalam bentuk maya mcm main aplikasi game yang ada di hphone ke... di tab ke... so konsep bermain secara realiti nie macam dah hampir pupus... disebabkan teknologi yang dh canggih...

Korang bayangkan anak-anak yang baru umo 1 tahun dah pandai main game dalam hphone.... * yang akak maksudkan anak akak sendiri lah..hehehehe* Jadi kau rasa.... zaman sekarang komunikasi 2 hala dah xde... semuanya komunikasi sehala je... nak apa2 just taip je dalam wasap... Tu yang kadang-kadang padahal 1 rumah tapi berselisih bahu pon buat x tahu.... nak makan pon masih sibuk menghadap hphone... Oh God!!!!! akak x boleh okeyssss... Palng pantang akak kalau orang macam tu... macam kita nie x wujud n mgkin dia rasa aku nie patung kot x payah nak cakap...

So korang nilai lah sendiri macam mana teknologi sekarang memusnahkan banyak nilai2 persaudaraan dalam keluarga.... Akak nie bukan lah 100% bukan pengguna teknologi yang ada sekarang cuma akak nak kita mak bapak nie plzz pantau anak-anak kita jangan lah terlalu taksub dengan teknologi yang makin berkembang nie.... Akak takut lama-lama anak kita nie nak cakap minta makan pon minta melalui wasap je... Ko rasa???? Kalau akak dah lempang empatbelaskali kalau macam tu.... Nauzubillah...

Saje kan akak nie sekali update cite nak panjang berjela.... terpulang korang nak baca atau tak *Tapi dalam hati harap korang baca entrie nie hehehehe*
Fikir-fikir kan dan selamat beramal... hehehe

Thursday, August 11, 2016

Qaseh Gold Adinda


Qaseh Gold Adinda 

Dirumus dengan madu, kurma, habbatus sauda, buah tiin (fig), minyak zaitun, saffron dan air zam-zam bersama herba lain. Qaseh Adinda juga dicampur dengan herba khusus untuk wanita iaitu manjakani, pegaga dan buah markisa.

FUNGSI :

1.Memudahkan pengambilan makanan sunnah harian
2.Menambah tenaga
3.Mencerdaskan minda
4.Membuang toksin
5.Melancarkan penyerapan dan perkumuhan
6.Meningkatkan sistem imun
7.Memperbaiki perjalanan darah dan sistem saraf
8.Mempercepatkan penyembuhan
9.Menstabilkan mood
10.Menstabilkan hormon

KEISTIMEWAAN


Qaseh selamat digunakan oleh seisi keluarga bermula usia 3 tahun. Sangat sesuai untuk wanita hamil, sedang berpantang dan menyusu kerana bahannya yang semulajadi.


TIP PENGGUNAAN

1. Makan 2-3 sudu besar pagi sewaktu perut kosong dan 2-3 sudu besar lagi sebelum tidur malam.
2. Gunakan sudu plastik bagi memastikan khasiat madu terpelihara.
3. Minum air yang banyak untuk mengeluarkan toksin dari tubuh.



Kenali Syarikat Ana Edar

Jom kenali Syarikat Ana Edar

Ana Edar Sdn Bhd ditubuhkan pada tahun 1983. Ana Edar Sdn Bhd syarikat yang telah lama dan masih bertahan sehingga kini.



Ana Edar Sdn. Bhd. telah ditubuhkan bagi memenuhi permintaan pasaran yang ingin turut serta memartabatkan ekonomi ummah melalui produk jenama ANA yang halal, selamat dan bermutu.

Ana Edar Sdn. Bhd. mendokong falsafah perniagaan yang sama iaitu menjalankan perniagaan sebagai fardhu kifayah, serta menjiwai teras visi dan misi penting iaitu melahirkan usahawan Muslim yang berwibawa dan berdaya saing, serta memperkasakan pengedaran produk Muslim yang bermutu, halal dan selamat di bawah jenama ANA. Pelabgai usaha giat dijalankan seja dahulu lagi bagi menjamin kualiti produk keluaran Ana Edar Sdn. Bhd. Antara kejayaan yang telah berjaya dikecapi ialah pengiktirafan Halal daripada JAKIM dan juga pengiktirafan IMP yang membuktikan proses penghasilan produk Ana Edar adalah Halalan Toyyiba, Alhamdulillah.


Ana Edar Sdn. Bhd. yakin hasrat untuk menaiktarafkan kemampuan ekonomi ummah melalui perniagaan yang telus dan disinari ajaran Islam serta rangkaian produk yang halal, selamat dan bermutu. Ana Edar Sdn. Bhd. juga berhasrat menembusi pasaran halal antarabangsa dan memainkan peranan penting dalam memartabatkan piawaian halal demi kepentingan ummah sejagat.

Kami mengalu-alukan kehadiran anda, sama ada sebagai stokkis, pengedar atau pengguna untuk mewujudkan kerjasama erat ke arah mencapai kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Mafhum firman Allah Taala, “…Dan tolong menolonglah kamu dalam(mengerjakan) kebajikan(kebaikan) dan taqwa, dan janganlah kamu tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan..” Al-Maidah: ayat 2.

“Wahai tuhan kami, kurniakanlah kepada kami hasanah di dunia, dan hasanah di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka…” Amin Ya Rabbal Alamin. Semoga sekelumit usaha yang sama-sama kita bangunkan dan usahakan mendapat keberkatan daripada Allah Taala.


Ana Edar telah memilih Ustaz Haslin Baharim sebagai Duta Qaseh Gold dalam membantu usaha untuk memperkasakan rangkaian bisnes Ana Edar. Alhamdulillah, keterlibatan beliau secara langsung telah memberi impak yang besar di samping gandaan usaha daripada Rakan Niaga, Stokis dan juga Pengedar. Begitu juga usaha yang tidak pernah luntur di bahagian R&D (Research & Development) Ana Edar.

Untuk maklumat lanjut boleh ke web site http://www.qaseh2u.com/ pelbagai maklumat anda boleh perolehi tentang Ana Ear Sdn Bhd.

Thursday, March 17, 2016

Ais Cream Era Baru.

Assalamualaikum...

Zaman sekarang banyak betul idea-idea kreatif yang dikeluarkan oleh orang-orang kita. Stail lama diperbaharui macam ais cream. 

Sebenarnya akak nak cerita hari selasa ari tu akak ada order Smoothie Ice Cream. Memang kalau korg tgk mesti korg pon terliur sebab dengan color-color yang pelbagai menjadikan orang yang tak suka makan ais krim pon boleh teringin nak makan... Tapi ada ke orang yang tak makan ais krim dalam dunia nie??? hehehehehe...

Tapi akak memang budjet la sapa yang menengok ais krim nie boleh jatuh cinta n teringin nak beli.
Nak jadikan cerita dari ari ahad tu akak saje jalan-jalan kt 1 page jual makan-makan, yela korg pon tahu sekarng pon senang nak cari makan dah tak payah nak pegi jalan jauh2 nak pegi cari makan cuma buka je FB cari page makan-makan COD bagai wasap je nombor telefon yang yg jual terus makanan tu sampai depan rumah. Ha....kan senang.... Semua dihujung jari la sangatttt... hahahaha

So masa belek-belek Fb tu terjumpa post pasal Smoothie ais krim nie akak tengok je terus amik no tel akak yang jual terus wasap dia... So deal punya deal akak tu pon hantar ais krim tu kat ofis akak ari isnin. So apa lagi excited akak bila dapat ais krim yang kecik molek dan mengiurkan tu...hahahaha... ayat tak boleh bla... Nak mengelakkan dari ais krim tu cair akak masukkan lah ais krim tu dalam freezer kat ofis. Korg tahu jela la akak nie jenis pelupa so ais krim tu pon tertinggal kat ofis, nak tak nak mimpi jela dulu nak makan ais krim tu...hehehehe..

So semalam baru akak dapat merasa kelazatan ais krim smoothie tu. Rasa dia not bad cuma kulit fondant ais krim tu terlalu rasa tepung jadi jenis orang yang tak suka rasa tepung macam akak memang jwpnya makan sia krim tu je...hehehehehe

Ais krim tu ada 9 perisa tapi akak order 7 perisa je.


Nie lah rupa ais cream Smoothie yang menganggu gugat keimanan akak.. hehehe... Ais krim nie comel2 je macam akak juga.... hahahaha... saje je memuji diri sendiri sebab xde orang nak puji akak *Mood Sedih...( Dalam hati dah kena kau tetiba nak sedih palk pang sekali kang).  Yang gambar atas nie perisa bubble gum dan strawberry. Tapi akak suka strawberry sebab sedappp tapi yg hat bubble gum tu rsa dia mcm pepermint pon ada... mana-mana jela la labu asal sedap dek tekak...hahaha


yang nie keratan rentas ais krim nie bila telah dibelah menjadi 6 slices...wah... ayat akak kau nie x boleh bla kan...hahahaha


Yang hat nie plak perisa coklat n nutella. tapi akak suka coklat sebab rsa coklat boleh mcm tu...hehehehe. yang hat nutella tu rupanya ais krim tu perisa susu cuma dia letak nutella n biskut kecik dalam tu, akak ingat nutella hbs 1 dalam tu..ermmm... akak makan sikit je selebihnya anak akak yang menghadap. Maaf keratan rentasnya akak tak daya nak amik gambo.


Yang nie plak perisa Oreo milk dan durian. Dan semestinya akak suka durian, yang oreo tu pon sama dengan nutella dalam tu ais krim susu n dia letak la oreo yang kecik. Tu pon semua anak akak yang belasah.

 Sebenarnya dia ada 9 perisa lagi 2 perisa tu tak salah akak perisa Yam dengan cheese. Disebabkan akak tak berapa suka keladi dan cheese so tu akak tak order.

Tapi so far pendapat pd akak ais krim nie akak bagi 5 bintang dari 10 bintang. sebab apa akak bagi 1/2 dari tu sebab akak tak suka rsa tepung topping dia sebab rsa tepung sesangat. cuba kalau topping dia tu dia letak perasa mesti lagi umpphhh....

So korg g lah order dengan akak nie nama akak nie Akak Fazilah 019-768 5408.

Order jangan tak order. Bye.

Wednesday, March 16, 2016

Hi-tea Ofis KKLW


Assalamualaikum...

Hallo....Hallo.... Entry nie sebenarnya dah lama yanie nak buat tapi disebabkan hurup M tu besar yang so berkurun la entry nie nak publise....

sebenarnya Majlis Hi-tea nie dah berlaku bulan lepas, tujuannya untuk buat yearly event utk ofis dan kebetulan salah seorang staff kitorg kt ofis tu nak bersara so kitorg buat la Hi-Tea khas untuk akak nie.

Kitorg buat majlis hi-tea nie tak jauh pon dari ofis kitorg... kebetulan bersebelahan ofis yanie nie betul2 hotel baru buka so bincang punya bincang tu yang management decide wat lah kt hotel tu. Hotel Swiss-In Johor Bahru tu mmg baru lunch masa kitorg wat event tu so dptlah kitorg harga kasih sayang dari pihak hotel tu.


Nie suasana bilik yang kitorg sewa masa tu. Boleh la tak berapa besar and tak berapa kecik untuk 23 orang. Staff kat ofis yanie tak ramai so, so tak pening2 la kalau nak wat event sebab tak ramai staff.



Nie susun meja yang pihak hotel dh manage untuk kitorg tapi tak termasuk goodies tu ye yg tu dari ktorg sendiri.
Petang tu hotel sediakan kitorg menu utama Spagetti Cabonara and Nasi goreng. Macam desert diorg serve ktorg dengan Kuih kochi ada, spring roll ada sandwich buah-buahan pon ada. So far review tang makanan dia boleh la cuma mcm spagetti dia terlalu creamy. Gambar makanan akak tak dapat nak ambik sebab akak bz....
Korang jgn terperanjat kalau akak cakap yang jadi mc petang tu adalah akak n partner akak Nasrul. hehehehe.... ini semua atas pemilihan dari pegawai yanie yg suruh yanie jadi mc tanpa rela. Gemuruh giler tau akak bila bukan la first time jadi mc pernah lah gak tapi disebabkan dah lama tak pernah berdepan dgn org so nerves la gak. Muka jgn ckp rasa panas dan menebal bila kat depan bercakap. suara akak dah la mcm itik tertelan tulang, but lama2 dh ok siap ckp tak ikut pon skrip..hahahaha...

tengok muka gemuruh sebab nak jadi mc petang tu. Tapi alhamdulilah majlis berjalan dengan lancar.
Jom lah layan gambar budak2 ofis akak yang giler-giler nie...


Ini diantara staff perempuan kat ofis kitorg tapi sebenarnya ada beberapa orang takde dalam gambar nie. meh akak kenaikan yang depan sekali kompom korg kenalkan kalu tak kenal merajok dgn korg Duapulohkali hahahaha... hat yg belakang akak sebelah kiri tu Puan nurul akak panggil dia merangkap EO (executive Officer) kt ofis ktorg, yg hat pakai cermin mata tu yg belah kiri tu ecah ktorg punya penolong jurutera elektrik pmpuan kt ofis ktorg dan yg hat sebelah kanan tu pon penolong jurutera nama dia Ain. yang belakang ecah tu dok dongak kepala tu Intan dia pon orang jurutera gak hat sebelah plak PA pengarah kami tasya. yang dok tercongok sebelah tasya tu Ana dia pon jurutera kat ofis kami dan yang dok last sekali tu Arom.... entik kan nama dia hehehehe (jangan marah Arom, nasib dia tak baca blog akak hahahaha) Ampun  penunggu gua.

Kat ofis akak memang ramai Jurutera so takyah heran majoriti mmg jurutera mendominasi ofis ktorg..

Gambar lagi dan lagi dan lagi sampai korg muntah.... enjoy woth the gambar..hahahaha



Ini sebahagian daripada ofismate akak, ada la dalam 2 3 orang yang tak dapat join event nie tapi apa2 pon event hi-tea nie mmg owesome... Yang hat tengah2 yg pakai crown tula akak yang nak bersara...tengok la suprise ktorg sampai pakaikan akak tu crown lagi hahaha... Yang baby tenik tu bukan ofismate ktorg ye tu anak ofismate ktorg hehehehe.







Tema Qu Puteh....Qu Puteh,.....Barulah Puteh...hahahaha


ha....inilah persembahan khas untuk kak Salmah akak yang nak bersara tu.


Ini lah akak yang bersara tu. Kitorg panggil kak salmah. Baik orangnya ktorg dh anggap kak salmah dah mcm mank ktorg kt ofis. yanie doakan semoga kak salmah lebih success dalam hidup dan cepat-cepat dapat cucu.

Last sekali jom jamu dengan muka owner blog nie...jangan muntah ye..hehehehe
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-





HHOHOHOHOHO..... habesss citeer...hahahahaha






Monday, February 15, 2016

Entry baru di tahun baru... hahahaha Selamat Tahun 2016

Assalamualaikum...


Selamat Tahun Baru walaupon dah masuk bulan Februari 2016.... Tajuk nak gempak je kan.... Disebabkan kemalasan akak nak mengupdate blog nie so blog nie kembali bersarang labah-labah...hahahaha...


Dikesempatan nie akak sekeluarga nak ucapkan selamat tahun baru 2016, Diharap tahun 2016 nie memberi seribu 1 nikmat dan keberkatan pada semua....


Tahun nie banyak perancangan yang akak dah rancang, insyallah diharap semua perancangan nie berjalan dengan lancar. Amin...


Tahun nie akak and family ada Projek Mega yang dah dijalankan dan sedang berjalan... Alhamdulilah... Projek nie gabungan idea akak,encik suami dan ayah akak sendiri yang kitorg rancang dari tahun lepas.... Sepatutnya projek nie dijangka berjalan pada bulan Disember 2015 tapi disebabkan halangan cuaca yang korang tahu hujung tahun je nak hujan memanjang so terkendala sekejap.... tapi Alhamdulilah bulan lepas dah bermula semula projek mega keluarga akak nie...


So far semua berjalan dengan lancer... Mesti korang tertanya apa benda yang akak membebel projek bagai nie tapi x bagi tahu pon apa projek nya... Haaaa.... Sebenarnya Projek tu adalah Projek Tanaman nanas.... Yela tukar status plak jadi Pekebun Berjaya...hahahah




Ha... inilah hasil bila kebun dah dikerjakan oleh pekerja yang akak dah upah dari awal pembersihan kebun sampai kesudah.... So keje akak cuma hulok wang ya aja....hahahaha. Jangan ingat akak yang kerja kan kebun nie sebab kalu akak kerja kan bukan akak tapi heroin n hero akak 3 orang tu yang buat...hahahaha






Ini bila anak-anak pokok nanas yang dah ditanam. kitorg tanam nanas jenis Josaphine.... Yang nanas nie memang jadi permintaan selain MD26....


Insyallah kalu takde apa aral melintang buah nanas boleh dituai ceh macam tuai padi plak kannnn... insyallah bulan 6 or 7 so sesiapa nak membeli buah nanas boleh pm akak ye.... cewahhh.... belum apa2 dah promote kan....


Ok la rasa sampai kat sini dulu akak update dah penat and nak wat keje hakiki dulu...Bubye...

Sunday, September 20, 2015

Celebrity Yogurt.

Assalamualaikum...

Masuk2 je Mok cik nak menjual ngan pembaca blog Mok cik ( aceh.... Mcm ramai beno pembaca blog Mok cik nie... Hehehe), Produk terbaru yang Mok cik jual iaitu Celebrity yogurt.. Dengo pon dah terliur... Hehehe...

Macam2 betul Mok cik jual kan dengan produk Qaseh Gold la produk Tamar coco nye la lepas tu tup tup datang lagi satu celebrity yogurt plak.... Hehehe... Mok cik memang suka meniaga sebab tu  pelbagai produk mok cik jual. Tapi yang penting semua produk tu produk buatan bumiputera. Ye x? Hehehehe

Nak cite pasal Celebrity yogurt nie.... Mst korang nak tahu apa ke benda yang dari td Mok cik nie membebel je nie. Nie ha.... Celebrity yogurt nie minuman yogurt yang dibuat daripada 100% yogurt mesir n 100% buah2an asli tau.... Bunyi ye pon dh nyum...nyum... Hehehehe

Produk nie Mok cik kenal pon dari kengkawan FB Mok cik, mula2 terliur la tengok air yogurt tu... Yela berwarna warni, so Mok cik nk try la skali tnya punya tnya produk nie baru je dkt pasaran so nmpk la peluang kt situ.... So apa lagi Mok cik pon sign kontrak... Cam nk jd retis plak nk sign2 bagai... Hahaha, so Mok cik pon dideclare jadi sub agent bhgian tmn Mok cik tinggal.

Sebab tu Mok cik nak kenalkan kat korg produk minuman yogurt buatan anak watan kita, yang pasti xdok pengawet tay... So sesiapa yg nak diet ke nak lawaskn perut tu ke moh le cuba memang terbaik. Kenapa Mok cik ckp terbaik sbb stok yg ada pon separuh tu Mok cik bgan anak2 dh rembat hahahah... Sendiri jual sendiri beli... Memenag terbaik...

Ini lah Celebrity yogurt yang Mok cik pung pang kan tadi... Terliur x hehehehe...
 Jom jamu mata ngan gambar CY NIE... Jangan sampai terngences sudah...



Tengok Dira jadi model tak bebayar utk Celebrity yogurt... Hehehehe... Xpe mama belanja minum CY kt umah tiap2 ari.

Moh apa lgi jom g FB Mok cik utk tempahan...

Dadadada...


Thursday, August 27, 2015

A'Famosa Resort Melaka

Assalamaulaikum....

Sebenarnya entry nie dh tertangguh disebabkan kebizian yang kononnya bizi...hahahaha... Ini vacancy yang mengejut sebenarnya. Tak dirancang pon....

Nak dijadikan cerita holiday nie dibuat masa Hari Raya yang ke-3, kebetulan masa nie turn balik umah Mak Mertua Mok cik, tetiba Pok cik bagi cadangan nak x g holiday yang dekat2 je.... So apa lagi Mok cik pon cari la tempat2 yg dekat n sesuai untuk anak2...search punya search dpt la idea nk g holiday ke A'Famosa Resort Melaka.

Mok cik bertolak dari umah Mak mertua Mok cik dalam kul 12 lbh mcm tu tp Mok cik dh wat reservation sehari sebelum tu so tak la kelam kabut nak g. Ktorg dah booking bilik hotel standart je, masa tu harga dia dalam RM400.00 lbh sbb hari perayaan so harga up sikit la. Tapi alhamdulilah semuanya include breakfast,lunch,ticket admission A'Famosa  water Park n ticket admission Carnival. Nak dijadikan cerita time Mok cik g tu time Hari Raya sampai2 je kt Highway Jasin jem plak sampai ke Ayer Keroh ditambah plak hujan renyai2 so lagi lah slow motion semua kereta. Anak Mok cik Kakak Dira x hbs2 tnya bila nak sampai nie sbb excited nak main air kt Water Theme Park dia.


Pintu Gerbang A'Famosa Resort Melaka.


Sory ye gmbr x semengah ambik dr dalam kete sbb hujan.... 

Sampai2 je Anak2 dh excited sbb nampak ikan Dolphin keluar ayok...hahahaha... lps tu ada sekali replika pintu kota A'Famosa. Yang seronoknya sepanjang perjalanan nak ke A'Famosa Resort ni ekita dijamu dengan permandangan pokok n rumah2 Tradisional Melaka. Menggamit nostalgia la kiranya...hahaha.

Alhamdulilah Mok cik sampai dalam pukul 3 Ptg lambat la juga smpi sbb jem. Pok cik pon trus g reception nak check in hotel tapi lama gila Mok cik tggu dlm kete ada la dlm setgh jam gak menunggu yg anak2 dh x saba nak mandi manda. Dah setgh jam Mok cik n anak2 tggu tibalah masa nak check in bilik. Sory ye gmbr bilik Mok cik x sempat nak ambik sbb anak2 dh excited ajak g water Park. dalam kul 4 lbh Mok cik n Pok cik pon bwk anak2 g Water Theme Park dia.

Gambar kt Water Theme Park dia pon Mok cik x dpt amik sbb  mok cik pon menyibukkan diri g mandi manda ...hahahaha. Seronok bila tgk anak2 gembira bkn selalu kn. Seronok diorg smpi masing2 x nak blk hotel, melayankn anak2 mandi smpi kul 6lbh tu pon blk sbb tempat water Theme Park tu nk tutup...hehehehe.


Tengok anak bujang nie dah tertido dulu lepas dh mengamok. x sempat nk tukar baju dh tertido dasyat anak teruna nie sorg hahaha...

Lepas blk dr water park tu anak2 masing2 dh penat. Dira n Lutfan masing2 dh tertido tapi disebabkan Mok cik n Pok cik kelaparan yela dh lps mandi manda so lapar lh kn gagahkn juga utk keluar g makan kt Kopitiam diorg. Tapi sayang Kopitiam dia x semegah nama nya. Tak byk pilihan so pilih la apa yang ada.


Nie menu pilihan Mok cik Kueh Teow Goreng bersama ayam..hahahaha...Nama nk gempak tp rasanya x segempak namanya ye. harga pon mahai tak setanding rasa....huhuhu kecewa...


Ini mee goreng bersama ayam untuk anak2. Anak2 x makan pon sebab masing2 dh mengantuk n mood kelaut.Last2 bwk balik bungkus mama n papa diorg yg hbskn hahaha...


Yang nie Pok cik punya menu Nasi Goreng Pedas la sgtttt.... Geleng kepala je Pok cik bila smpi makanan nie semua.

Korg tahu brape kos harga untuk 3 menu nie...... Semuanya termasuk air Tin Ais Lemon Tea yg harga kt kedai baru RM1.20... semuanya RM48.00 nahai mahal nak Mam..... Dah la rsa x brape harga mcm tu tapi rsa x sedap semuanya. nak x nk redho byr jela sbb dh thp cipan lapor nya...hhahaha.


Tengok muka kakak Dira yg menahan mata smpi merah sbb kena paksa ngan Pok cik srh mkn...

layan gmbr Mok cik Pok cik sekeluarga jangan smpi muntah sudah ye...hehehehe


Cuma Azie je yang mampu lagi gagah melayan Mama n Papa dia nak bergambar.

Dh lps melantak trus g masok Old West. Kebetulan masa kitorg msk tu x lma ada Red Indian Show so ktorg layan la show yang mmg best. Dalam Old West nie mcm2 ada, bkn show je tp ada gak 4D Theater, Bowling, Fun Fair n Children theme Park.


Nie Red Indian Show... masa nie diorg jmput 2 penonton utk tiru apa yg ketua Red Indian tu buat.


Nie yg part best. Diorg main2 ngan api, tkt anak2 Mok cik tgk..hahaha. Mok cik enjoy dgn show yg diorg buat.

Lepas hbs Red indian Show tu ada lg show tp disebabkan kakak dh mengantuk so mama nya nie akur kehendak anak2. Sampai hotel dalam kul 10.00 mlm smpi je anak2 trus tertido.

Disebabkan kepenatan anak2 ngan mak apak dia bgn dh dkt kul 9lbh, nak breakfast mmg dh lps la hahahaha.... So packing2 baju blk la ke Muar ambik adik kt kampung menyambung perjalanan blk ke JB.

Ok smpi situ je story mory Mok cik nie pon dh naik mengah Mok cik nk update cerita.... Tak larat nk buat part to part sbb holidaynya sehari je pon... Ok nnt Mok cik update lg byk cerita yg blom di update bye2...

Tuesday, August 18, 2015

KPSL W27

Assalamualaikum...

Maaf la ye Mok cik nmpknya dh lma x mengupdate blog nie. Yela sejak 2 menjak nie Mok cik dh start bz dgn keje2 hakiki Mok cik so x bkesempatan nk update apa2.
Apa2 Mok cik nak kabo esok n lusa Mok cik nk menghadapi peperiksaan KPSL W27, yela nk mengupgradekan diri... Nak tgk sjauh mana pengetahuan Mok cik dlm bidang keje yg Mok cik keje slma 7 thn nie.
Apa2 diharap esok n lusa Mok cik leh la mjwp soalan2 yg diajukn dgn kompeden nya.... Hahahaha... Nota tepi* Sebnrnya Mok cik x prepay apa2 pun cuma btawakal je kalu x lulus next year try lg ye x? Heheheh...
Ok apa2 doakan kejayaan Mok cik utk menjawap soalan utk peperiksaan KPSL W27 nie. Insyallah...

Wassalam....

Tuesday, August 4, 2015

Sikap

Assalamualaikum....

Maap la ye dh bape ari nie Mok cik x dpt nak update apa2 sebab mood beraya tu masih ada. So kebetulan ibu Mok cik dtg jb so kita g la beraya rumah pak sedara n mak sedara.

Mok cik nk ckp tang sikap anak muda skrg, bkn apa smlm kebetulan msa Mok cik nk blk dr amik amik anak kt school msa kt trafik light Mok cik terpandang kereta kt blkg Mok cik, tetiba Mok cik terpandang gelagat anak muda nie blh plak dkt public dia wat bnda terlarang.... Korg phm x mksd MOk cik... Ishkkkk..... Mok cik pantang betul bila org x tahu malu wat bnda2 tlarang nie kt public.

Korg bajet org x nmpk ke..... boleh plak anak dara tu baring kn site n bdk laki tu terjenguk2 cover nk sembunyi. Dia ingat org x leh nmpk ke apa..... Kalu cermin kete tu golap xpela org x nmpk nie terang benderang nk g bnda terkutuk tu kt trafik light. prghhhh.... Apa la nk jd kt bdk2 muda skrg dh xde perasaan malu agaknya. Nauzubillah.

Nak kata x diajar kt sekolah n Mak apak pon ajar tang bnda yg dilarang oleh islam tp Mok cik tahu anak muda suka mcuba tp biarla berpada2. Mok cik pon pernah muda tp bnda mcm nie mmg Mok cik tekankn dlm diri. Pada anak dara skrg plizzz Mok cik hrp jaga lah diri bebaik ye sbb skrg belum tentu jantan yg wat korg bnda terlarang tu nk wat korg bini dior. So jaga lh diri bebaik ye. Sory ye kalu ayat Mok cik agak kasar tp Mok cik x suka gejala sosial mcm nie berleluasa dikalangan anak muda skrg.

So pada Mak Bapak plak plazzz jg anak2 wpon anak korg tu nmpk baik tp kata org kalu dh berdua mst ada org yg ketiga kn....sapa tu SYAITAN.... Jadi jgn percaya bulat2 pd anak korg tu ye. Plizz take care n revence bnda2 nie dr terjadi pada anak kita. Nauzubillah.

Ok lah Mok cik bg peringatan pd ibu bapa n Mok cik sendiri supaya berhati-hati dlm menjaga anak sbb skrg zaman media sosial. bdk2 kecik pon dh pndi berFB so kita sbg Mak apak diorg yg kena memerhati dlm stp gerak geri anak2 kita. harap2 kisah2 kt surat khabar n berita tu dijadikn pedoman ye. Mok cik pon kena berhati2 sbb Mok cik pon ada anak. 

Wassalam.

Thursday, July 30, 2015

Myzara Kindergarden.

Assalamualaikum....

Kejap je rasa anak2 dh membesar.... Anak Mok cik yg tua pon dh nk msk 5 taun.... Tu menunjukkan umo Mok cik n Pok cik Man dh makin menua *Umo je tua tp muka still muda yo (Nak sodapkan hati jo...hahahaha).

Ramai kwn2 Mok cik tnya anak mok cik hntr kt mana. Anak Mok cik semua MOk cik hntr kt Tadika Myzara. Antara byk2 taska yg pernah Mok cik hntr taska nie paling terbaekk la Mok cik rasa. Sebab Mok cik suka cara teacher2 nya mengajar anak2 muridnya. Diorg gunakan sistem pembelajaran melalui sebutan bkn mcm zaman2 kita dulu kena kenal hurup satu2 baru bljr sukukata tu.
Tapi cara pembelajaran mcm tu sgt2 berkesan sbb anak Mok cik yg first si Dira Alhamdulilah dh boleh membaca 3 sukukata dlm masa 6 Bln.

Diaorg gunakan medium sebutan dr mengenal huruf semata2. Korg pernah dengar pasal buku "Bacalah AnakKu"? Taska nie menggunakn buku nie dan cara pembelajaran pada anak2 muridnya.

Sumber dr Mr.Google

Ini lah buku Bacalah Anakku yang taska Myzara gunakan untuk medium pembelajaran untuk anak2 muridnya.

Kesemua teacher2 yang mengajar di Taska Myzara semua berkelayakan mengajar. Diorg telah diajar cara khas untuk mengajar anak2 yg belajar di Taska Myzara.

Pemilik Taska Myzara seorg yang sgtttt lemah lembut,baik hati n sgttt berbudi bahasa. ktorg pggl Tech Fida. Beliau seorg bekas guru tadika gak. So tak salah la kalau Beliau buka tadika gak kn. Taska Myzara nie bukan 1 cawang je tau yg ada 2 cawang dh di Johor Bahru. Satu kt Jalan Drapers tmpt anak2 Mok cik sekolah n 1 lg kt Taman Nong Chik.

Yang bagus lg Taska Myzara nie  diorg bkn mengajar A B C je tp dr segi islamik pon dia ajar. Setiap hari khamis anak2 nie akan diajar cara mengambil wuduk,solat,bacaan yg ada dalam solat n surah2 pendek dlm Al-Quran pon diajar. So complete la..... Takde la mcm sstgh taska cuma menekankan dunia shj akhirat x diajar kt anak2 nie. Yang bagusnya majoriti anak2 yg bersekolah kt situ semuanya muslim.



Inilah rutin pembelajaran setiap ari khamis. tgk anak daraku yg pakai telekung wrna kuning mustard.

macam2 lg la aktiviti yg Taska Myzara nie buat. Taska nie akan mengajar anak2 dr umur 3 thn sehingga 6 thn. Jadi dr kecik diorg dh kenalkn cara utk belajar.


ini aktiviti untuk anak2 yg berumur 3 tahun. Azie tekun betul mewarnanya. wpon stp hari tnya kt sekolah belajar apa di jwpnya ABC je..hahahaha.


Ini aktiviti masa Hari Bapa. masing2 buat kad sempena Hari Bapa.


Nie masa exam ptengahan tahun tempoh hari.

So kesimpulan yg Mok cik boleh buat Mok cik memang puashati dengan service yg Tadika Myzara dh bg pada anak2 Mok cik dan berbaloi dengan RM yg Pok cik Man byr tetiap bulan. Mok cik bg 100% pd Tadika Myzara.

So pada ibu bapa yg dok area JB yg belum or mencari Tadika mana sesuai untuk anak2 tu try la masukkan anak di Tadika Myzara. Biar kita laburkan sedikit pd pendidikan anak kita asal result nya memuaskan hati kita mak bapak.

Pada mak bapak yg nk bertanya n nk merisik2 tu leh g add friend dgn owner Tadika Myzara kt FB nie.


Nie link FB Myzara Kindergarden .

Wassalam...

Wednesday, July 29, 2015

Serum Gojes

Assalamualaikum....

Ha...Tgk tajuk pon mcm dh best je kan lagi2 pada sesiapa yang suka pada kecantikan wajah. Moh Mok cik nk cerita tang produk dibwh Ana Edar gak SERUM GOJES yg tersangat la gojes tau... nape mok cik ckp gojes sbb ramai yg dh consume bnda nie berpuashati dengan result selepas diorg pakai.

Sebab apa ramai yg suka pakai serum nie sbb tektur dia lembut dan x berminyak.

Jom kita tengok apa kandungan dalam Serum Gojes yang tersangat Gojesss nie...hehehehe (*Promote habis2-habisan...hahahaha)


Ha.... ini antara bahan yang ada didalam Serum Gojes nie.... x payah takut xde bahan kimia yg merbahaya ye dlm Serum nie.

Serum nie sesuai untuk mereka yang berusia 15 tahun keatas ye.... adik2 yang belum 15 tahun tidak digalakkan ye. Yola kulit muka muda lagi kolagen byk lagi so tak yah gatal2 nak tepek serum bagai kt muko yg dh tersedia molek lg.

Lagi 1 bukan org pempuan je leh pakai org laki pon blh.... So isteri2 yg nk laki deme jd mcm nmpk lg maskulin moh try bg cik abg 1. Kompom suami makin sayang....hahahaha

Nak tahu rupa Serum nak mok cik gebang2kan nie ha.....tarraaaaa nie rupa sebenar Serum Gojes tu.


Ha...nie rupa sebenarnya Serum Gojes tu. Lawa x ala2 Pink gitu. Tapi yg pnting kesannya yg terbaik. Botolnya pon bkn bersaiz bsr ye molek2 blh ltk kt beg tangan so x risau kalu nk bwk kesana ke sini. tul x???

Ini Diantara orang yang dh try pakai n berpuashati dengan Serum nie.


Serum nie x mahai pon cuma RM75.00 sahaja.

So Sesiapa nak try n nk tahu lbh lnjut boleh call Mok cik ye kt No.tel nie yo.

FB Mok Cik  (Yang nie Fb Mok cik ye kalu rasa malu nk ckp leh pm je ye)
* 017-7666175 (No.Tel Mok Cik) 

Ok Mok Cik nak rehat time to lunch so bye.

Wassalam....